Followers

Suka Saya

Thursday, May 31, 2012

Gembirakan Orang Tuamu Terlebih Dahulu Sebelum Berusaha Menggembirakan Kekasih Yang Belum Halal Bagi Kamu



 
Assalamualaikum 

Hai semua, dalam beberapa hari nie acik cuba menulis entry walaupon badan penat dengan event, tapi itu bukan alasan kerana acik rasa happy bila ada orang baca apa yang kita tulis dan berkongsi pandangan. Sebab itulah tujuan utama acik, walaupon blog acik nie bukanlah sepopular yang lain ,acik tak kisah janji ada yang sudi berkunjung di sini.Setelah bermacam hal di facebook dan jadi isu sikit pasal apa yang acik post tapi malas nak cerita pasal remeh temeh tu. Dan hari nie acik cuba selami apa yang ibu bapa kita rasa. 

Kalau kita tengok ramai sangat orang sekarang cepat sangat nak bertunang dan kawin. Pada acik memang tak salah pun sebab itu tuntutan bagi mereka yang berkemampuan dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Acik sangat sokong kepada mereka semua yang inginkan mendirikan rumah tangga nie tapi kena fikir dari pelbagai aspek rohani dan jasmani. Benarkah kamu sudah sedia ??? dari sudut kewangan dan juga kepuasan hidup remaja ??


Acik nie bukan seorang yang pakar dalam kehidupan tapi melalui tinjaun acik, acik rasa bagaikan tidak seimbang dalam kehidupan ini. Kita sibuk mengejar untuk mendirikan rumah tangga tapi kita terleka dengan tanggungjawab kita dengan ibu bapa. Yelah setelah kita habis belajar kita baru nak kerja dah fikir nak kawin tapi bagaimana kita dengan bahagian untuk mengembirakan mereka ?? 

Hal yang paling menyedihkan kita dapat lihat,pelajar di universiti menghabiskan wang mereka untuk pasangang yang belum tentu menjadi bahagian halalnya untuknya sedangkan wang yang diminta datangnya dari ibu bapa. Untuk kekasih hati sanggup belikan apa sahaja ,tapi untuk ibu dan ayah tak pernah pula belikan hadiah masa hari lahir mereka.

Gembirakan orang tuamu terlebih dahulu sebelum berusaha menggembirakan kekasih yang belum halal bagi kamu. =)
Masih ramai anak-anak yang tak menghargai pengorbanan ibu bapa.ada yang hanya memerlukan bapa ketika mereka kesuntukan wang,ada anak yang buat ibu seperti orang gaji,dipaksa bangun pagi-pagi masak dan buat kerja mcm orang gaji.Sedangkan anak bangun lewat dan buat selamba jer bagun terus makan.
Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta  menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.

Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah.  Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.

Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

Maksudnya :

"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".


Pada acik bila habis belajar bagi ruang umur kita untuk membahagiakan ibu bapa seperti bantu apa yang mereka perlukan dan selebihnya barulah kita fikirkan tentang perkahwinan. Sebab ibu bapa memang tak akan pernah cakap dengan anak tentang apa yang mereka rasa. Tapi sebagai anak kita kena faham mereka . Sampai disini dulu acik menaip , kalau ada yang terasa acik minta maaf , assalamualaikum ,adios :)
 

Wednesday, May 30, 2012

Dia Mengajarku Mencintainya Kerana ALLAH..






assalamualaikum

Hai semua, maaf kerana semalam tak sempat nak update blog nie sebab sibuk dengan aktiviti harian. Tapi hari nie acik gigihkan juga untuk menaip dan ingin kongsikan apa yang acik rasa.Semalam acik chat dengan seorang bro nie dan acik mintak pendapat dari dia kerana dia lebih pengalaman dari acik. So acik dah set time dan chat dengan bro berhati kental nie. Mula-mula tu susah jugak nak dia ceritakan tentang kisah cintanya tapi akhirnya dia mengalah dan ceritakan kisah hidup dia. Kalau nak tahu abang sham nie pada acik seorang yang setia dan masih bujang sampai sekarang. Setelah lama kami bertukar pendapat dan ini rumusannya.

Kenapa abang sham tak kawin lagi sendangkan umur dah 30 tahun tak takut orang labelkan abang sham bujang terlajak ??? Tak pernah bercinta ???

Abg Sham : tak takut pon, ada juga yang anggap bila lelaki yang tak kawin laki tak laku ataupon gay. Itullah persepsi orang sekarang ,semuanya negative dan tak pernah cuba nak tahu apa yang abang rasa. Honestly kau je acik yang abg berani ceritakan sebab abg suka bace blog ko . So biarlah ini saksi bahawa aku bukan macam apa yang orang katakan. Bercinta gilerlah kalau tak pernah mestilah pernah tapi kisah cinta aku sangat terasa kat hati sampai aku tak sanggup nak cari yang lain.



Dia perempuan idaman aku, Aku kenal dia masa kat USM ,dia junior aku dan amik kos yang sama. Sumpah sebelum nie aku selalu tukar-tukar perempuan dan aku cepat bosan dengan mereka dan jadikan perempuan tempat geli-geli aku dan sebab mereka lebih tertarik pada harta aku. Masa aku tahun 3 Aku terjumpa seorang perempuan yang buat hati aku tertarik, dia bukan yang bertudung labuh tapi pada aku cukup sempurna dia menutup auratnya. Sejak jumpa dia, aku asyik teringat pada dia. Aku tahu siapa dia dan aku dapat tahu namanya Nadia.Dan aku mintak tolong kawan cari tahu siapa dia, Dan akhirnya aku dapat jumpa dengan dia ... Aku pelik masa jumpa dengan dia ,dia tak tengok pon muka aku, dia tunduk aje .Masa tu juga aku cakap aku suka kat dia dan ajak di couple.

Dengan nada lembut dia kata jangan terikutkan nafsu awak , jika awak cintai saya begitu sahaja semata-mata kerana saya,saya juga yang akan dapat dosa maka cintalah kerana ALLAH. Dan hampir tiap-tiap hari aku gangu hidup sampai dia terima aku jadi Boyfriend dia.

Selama aku couple dengan dia ,aku tak pernah dapat macam aku couple dengan perempuan lain, aku tak pernah pegang tangan dia dan aku tak pernah naik motor dengan dia .Dia kata kalau saya naik motor dengan awk pasti saya akan menyesal seumur hidup. Aku rasa bahagia dengan dia. Dia ajar aku bagaimana nak solat ,ajar aku mengaji dan semuanya sehingga aku dekat kepada ALLAH.

Selepas tu aku hampir seminggu tak berjumpa dia, dan aku dapat panggilan dari kawan baik dia yang dia terlantar kat hospital.Dan aku dapat tahu yang dia ada sakit barah hati dan stage terakhir dan aku rasa macam nak giler kenapa semua nie berlaku kepada dia insan yang baik , kenapa tak kepada orang yang jahat kat luar sana yang bersentuhan dan tak menutup aurat dan berbuat dosa ??

nadia kata yang sampai sekarang aku ingat kata-kata itu.

Jangan pernah salahkan ALLAH , bertemu kita adalah kehendak dia dan berpisah kita adalah takdirnya.Jangan pernah salahkan ALLAH dia tahu mana yang terbaik untuk kita. Semestinya cinta di letakan padaNya dan kembali padanya .Mungkin hati ini terlalu mencintaimu dan tidak mencintai ALLAH seperti itu.

Dan selepas 6 bulan nadia pergi tinggalkan aku selamanya.. sejak dari itu aku tak pernah nak jatuh cinta kepada mana-mane perempuan .Bukan aku tak boleh terima qada dan qadar tapi aku belum jumpa perempuan seperti dia. Biarlah masa yang menentukan dan ALLAH lebih tahu mana yang selayaknya untuk aku .Ok acik thanks are bro ko sudi nak siarkan cerita aku dan aku hargai ..


Ermm baru acik mengerti bagaimana erti setia tentang cinta, dan pastinya cinta ALLAH itu sangat ajaib kerana cinta itu mampu memberi kesedaran kepada manusa ..ok sampai di sini dulku nanti kita sembang lagi ... Adios :)


Tuesday, May 29, 2012

Fahami Undang-Undang Cinta



Assalamualaikum


Hai semua, hari nie jari jemari acik nie gatal nak menaip lagi, entah tapi mungkin di sebabkan seseorang yang telah buatkan pandangan acik berbeza tentang cebisan kehidupan dan tentu sekali tentang cinta. Kalau ikutkan hati nak tulis tentang lain tapi kerana terdapat permintaan tentang cinta so acik ikutkan dulu dan tangguhkan niat acik.

Tapi...Cinta.. Lima huruf yang tak pernah terlepas dari kehidupan kita, entahlah tapi apa yang acik tahu cinta itu subjektif dan merangkumi semuanya dalam kehidupan kita.
Cinta memang sesuatu yang fitrah,kita tak akan mampu untuk menolaknya jika saja cinta mampu untuk di tolak maka akan banyak manusia yang menolak cinta ini. Karna sering kali cinta membuat diri kita tersakiti,bahagia, sedih ,kecewa ,keliru dan semua perasaan.



Rasa nak gelak pon apa yang acik lalui kerana pernah sakit kerana cinta dan pernah bahagia kerana cinta . Cinta itu sangat kuat kerana kita percaya pada "power of love " tapi pada hakikatnya cinta itu biase saje dan kita yang buatkan cinta penuh dengan tanda tanya dan "power" tersebut .

Dan hari ini acik berjumpa dengan seseorang yang beri pengertian yang berharga sekali tentang cinta ini. Dia buatkan acik tertanya , dan dia buatkan acik mencari rasa tentang rasa ini. 


soalan pertama : Masa pertama kasih sebab apa acik jatuh cinta pada gadis tu ?

Honestly pada permulaan acik nak kenal apa itu cinta, dan acik jatuh cinta pada seseorang kerana dia terlalu baik pada acik dan acik cuba pupukkan rasa cinta sehingga acik boleh cintakan dia.

Soalan ke Dua : Apa yang buatkan sanggup menolak perempuan yang sebenarnya acik sayang ?

Secara jujurnya, itu bukanlah niat  acik untuk melukai atau menolak mereka tapi acik nie terlalu ikutkan perasaan kerana takut di permainkan lagi .Padahal ALLAH telah menyatakan bahawa jika benar dia jodoh acik maka dia memang tersedia untuk acik. Acik simpan perasaan ini di hati yang paling dalam, biarlah dia anggap acik jahat kerana ingin mempermainkan dia ,tapi niat acik adalah memberitahu bahawa cinta itu bukan sekadar ,mesej ..bertelefon 24 jam dan meluahkan rasa tapi sebenarnya lebih kepada mengenali cinta dalam islam.Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!



MAKA DENGAN ITU FAHAMI UNDANG-UNDANG CINTA YANG SIMPLE NI

1. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

2. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.

Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

3. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.

Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.


oklah setakat di sini dulu lain kali kita bersembang lagi.. assalamualaikum ..adios :)






Monday, May 28, 2012

Melakukan Dosa Itu Mudah/ Manis, Sebab Dosa Yang Banyak Akan Menjamin Neraka Yang Pedih





Assalamualaikum


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hai semua lega rasanya dah sampai di rumah yang tercinta di Kota tinggi, perjalanan yang melelahkan dan sungguh penat. Tapi tak tahulah dugaan apa hari nie terjadi dan acik anggap itu sebagai permulaan kehidupan kembali ke kota tinggi.Alhamdulillah, mata ini masih ingin melihat, jari-jariku masih mahu menari untuk meluahkan rasa hati seorang insan kerdil di muka Bumi Allah. 

Subhanallah, Alhamdulillah.. Kalau  menaip dipagi hari, semestinya acik lebih selesa muhasabah diri kembali diri yang kian leka dan alpa. Niat bagai melambung, tapi usaha dan tawakalnya entah kemana. Istighfar!! Entah kenapa tadi sewaktu menjenguk sebentar ke FB ( facebook ).. acik ada terlihat sekeping gambar yang membuatkan acik terfikir .apakah tujuan kehidupan ini? ".. Untuk disia-siakan atau untuk dipenuhkan dengan amal kebajikan? Malam ini, ingin berkongsi mutiara kata yang diberi oleh sahabat-sahabat di FB. Mungkin kita boleh kembali mengingatkan diri bahawa kita dicipta didunia ini bukan untuk berhibur sahaja. Wallahua'lam..

Apabila ditanya kepada Rasulullah SAW apakah itu dosa?
Baginda menjawab:" Dosa ialah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya"




Dosa??Siapa yang mampu mengatakan dirinya tak punya dosa?? Mungkin kita tak mampu mengatakan diri kita suci dari dosa,, tapi kita mampu mengelak dari melakukan perkara yang menyebabkan diri kita menanggung dosa. InsyaAllah.. Orang sering mengatakan " melakukan kebaikan itu pahit / susah, kerna Syurga itu manis! " Makanya mari kita bayangkan perkara yang bertentangan dengan Neraka. 

" Melakukan dosa itu mudah/ manis, sebab dosa yang banyak akan menjamin Neraka yang pedih! ".. Siapalah kita ingin mengatakan bahawa kita mampu bertahan walaupun sehari didalam Neraka. Jikalau kini, berada dalam bilik yang panas sedikit sudah merungut, inikan pula andai dicampak dalam Neraka yang panasnya hingga mampu membuatkan kita rasa diri kita cair akibat kepanasannya. Istighfar!!



~andai perjuangan itu mudah,pasti ramai yg menyertainya. Andai perjuangan m'janjikan kesenangan,pasti rmai tertarik padanya.tp hakikat perjuangan bkn bgitu. Turun naiknya,sakit pedihnya umpama kemanisan yg xterhingga. Andai rebah,bangkit semula. Andai terluka, ingat janjiNya!!!

Seandainya seseorang daripada kita sudah melalui jalan dakwah, bersedialah untuk menghadapi ribuan dugaan. Begitu juga pabila kita sudah berjanji, cinta dalam diri hanya milik Ilahi. Bersedialah kerna engkau akan diuji. Mungkin tika itu,, andai lemah, kita sendiri akan mengubah semuanya. Mungkin menjadi lebih teruk lagi. Wallahua'lam. Tapi andai kita kukuh dengan matlamat sebenar, pasti Allah akan melindungi kita. InsyaAllah.




Takbir!Kehidupan ini bagi  ibarat tasbih.. Butir-butir manik yang ada padanya ibarat ujian hidup. Terlampau banyak.. Tapi andai nama Pencipta itu sentiasa membasahi bibir dan beralun di hati ketika menempuh setiap ujian, pasti ketenangan akan dimiliki dan akhirnya kejayaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah

Lemah bukan menyerah... Ujian itu Rahsia ALLAH s.w.t... Saat rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya... Kekecewaan itu perlu untuk kita berfikir, Batu sungai itu berguna mencantikkan pemandangan...







Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta manusia di genggaman tapak tanganmu. Kerana manusia hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan manusia lain dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.


Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta manusia di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.


Akhirnya, mungkin kita lelah, tapi yakinlah Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita kerjakan. Yakin denganNya. InsyaAllah kau akan miliki kebahagiaan dunia dan akhirat,,.,Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...